Laman Informasi Untuk Orang-Orang Pelarian dan Pemohon Suaka di Malaysia

Tujuan utama Laman Refugee-Malaysia adalah untuk membantu orang-orang pelarian dan pemohon suaka mendapat informasi tentang perlindungan dan bantuan di Malaysia.

Laman ini masih berada dalam fasa awal dan akan sentiasa ditambahbaik.

Pada waktu ini, kebanyakan daripada maklumat yang terkandung di laman ini adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi terjemahan ke bahasa-bahasa lain akan sedang diusahakan.

Informasi berguna untuk orang-orang pelarian dan pemohon suaka akan ditambah dari sewaktu ke sewaktu. Terima kasih atas kesabaran anda.

Informasi yang terkandung dalam laman ini telah disediakan oleh UNHCR Malaysia sebagai perkhidmatan kepada sesiapa yang memerlukannya.